Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Sabtu, 4 April 2026 | 15 Syawal 1447H | 10:28
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

Anda Diutamakan

PERUTUSAN PEGAWAI DAERAH

Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.

Sejajar dengan kepesatan kemajuan ICT Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat bersama   Kerajaan  Negeri  Selangor  telah  membangunkan dan  menambahbaik laman  web jabatan di mana  pelbagai  insiatif  dalam bidang  ICT telah diperkenalkan dan diamalkan  bagi  memantapkan  integriti  serta  kecekapan  pengurusan  awam dan tadbir  urus  yang  baik  bagi  sektor awam.  Laman web rasmi  Pejabat  Daerah  dan  Tanah  Kuala Langat  telah  dinaiktaraf kepada Portal Rasmi Pejabat Daerah Dan Tanah  Kuala Langat.

Melalui portal baharu ini diharapkan para pelanggan dan orang awam sekalian akan dapat mengetahui dan mengenali lebih dekat Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, khususnya mengenai peranan, tanggungjawab dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan kepada para pelanggan dan masyarakat keseluruhannya. Dengan demikian pelanggan dan rakan niaga mudah berinteraksi dengan pihak Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dengan lebih mudah dan efisien.  Perkara ini selaras dengan misi jabatan bagi mentadbir urus pembangunan Daerah dan Tanah secara efisyen, telus dan berorientasikan rakyat berasaskan teknologi dan nilai tadbir urus unggul.

Melalui medium elektronik dan digital termasuk penggunaan AI, saya berharap semua pelanggan berpuashati dengan mutu dan penyampaian perkhidmatan yang disediakan oleh kami ke arah mencapai kemajuan Daerah Kuala Langat yang kita sayangi ini.

Selamat melayari Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat. Diharap tuan/puan akan terus mengunjunginya lagi pada masa hadapan. 
Segala pandangan dan teguran bagi penambahbaikan portal ini mahupun Pentadbiran Daerah dan Tanah Kuala Langat adalah dialu-alukan dan dahului dengan ucapan terima kasih.

"Ke Arah Daerah Sejahtera Dan Lestari Menjelang 2030"


Sekian.


YM Tengku Rohana Binti Tengku Nawawi 
Pegawai Daerah Kuala Langat      
 


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Tanjung