Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Sabtu, 4 April 2026 | 15 Syawal 1447H | 09:04
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

Anda Diutamakan

SOALAN LAZIM

SOALAN LAZIM - PORTAL DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

SOALAN 1    :   Apakah itu Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat? 
JAWAPAN    :   Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Daerah Kuala Langat melalui Internet.

     
SOALAN 2    :   Mengapa Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat diwujudkan?
JAWAPAN    :   Kebanyakan maklumat dan perkhidmatan telah disediakan secara online dan Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan. 
     
SOALAN 3    :   Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat?
JAWAPAN    :   Umumnya, Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.

     
SOALAN 4    :   Apakah dasar privasi Portal Rasmi PDKL? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
JAWAPAN    :   Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.

     
SOALAN 5    :   Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat?
JAWAPAN    :    Anda boleh menghubungi:- 
                       Unit Teknologi Maklumat (ICT)
                       Tel   : 03-3182 2588 / 2578 /2599
                       Faks: 03-3187 2011 atau 
                       Emel: klangat@selangor.gov.my 
     
SOALAN 6    :   Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas/aduan/cadangan kepada agensi-agensi Kerajaan? 
JAWAPAN     :   Maklumbalas/aduan/cadangan kepada agensi-agensi kerajaan boleh disalurkan melalui alamat berikut : https://selangor.spab.gov.my

PEMBANGUNAN TANAH

SOALAN LAZIM - UNIT PEMBANGUNAN TANAH
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

SOALAN 1 :     Apakah perbezaan Antara Pecah Bahagian dan pecah sempadan?
JAWAPAN  :    Pecah Bahagian adalah di bawah Seksyen 140 - 144 KTN.
                               - Permohonan dibuat bertujuan mendapatkan hakmilik berasingan dimana satu lot tanah yang dipegang oleh dua orang atau lebih tuan tanah bersama,dipecah bahagian supaya terletak kepada tiap-tiap daripada mereka di bawah hakmilik berasingan.

                    Pecah Sempadan
                              - Adalah hakmilik tetap, dipecah sempadankan kepada dua atau lebih supaya tiap-tiap satu dipegang di bawah hakmilik berasingan oleh tuan punya yang sama (seorang pemiilk) atau tuan punya bersama yang sama (lebih dari satu pemilik).

SOALAN 2:     Apakah syarat permohonan Penyatuan Tanah?
JAWAPAN :    Syarat-syarat Penyatuan Tanah ialah dua lot tanah milik berdampingan atau lebih dipegang oleh orang yang sama, status  tanah hakmilik tetap,lot-lot tersebut terletak di mukim, di Bandar atau di pecan yang sama.

 

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Pembangunan Tanah di talian 03-31822458

PELUPUSAN TANAH

SOALAN LAZIM - UNIT PELUPUSAN TANAH
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

   
SOALAN 1     :    Berapakah Bayaran Permohonan Lesen Pendudukan Sementara?
JAWAPAN     :    i)  RM 20.00 – Bayaran untuk pelan < 10 Ekar
                                   ii)  RM 50.00 – Bayaran untuk pelan > 10 Ekar
                                  iii)  RM 50.00 – Bayaran Permohonan LPS
          
SOALAN 2    :    Kuasa Meluluskan LPS? 
JAWAPAN    :    Merujuk kepada Pekeliling PTGS Bil. 4/2015, kuasa meluluskan adalah seperti berikut:
                                    

KELUASAN TANAHPENURUNAN KUASA
Tanah berkeluasan tidak melebihi 1 ekarPentadbir Tanah Daerah
Tanah berkeluasan 1 ekar hingga 5 ekarPengarah Tanah dan galian Selangor
Tanah berkeluasan melebihi 5 eker dan ke atas Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (MMKN) Selangor

    Catatan: Tujuan permohonan dan kuasa meluluskan adalah berdasarkan Pekeliling PTGS Bil.4/2015

          
SOALAN 3    :    Apakah jenis aktiviti yang dibenarkan untuk permohonan LPS?
JAWAPAN    :    Merujuk kepada Pekeliling PTGS Bil.4/2015, aktiviti yang dibenarkan untuk permohonan LPS adalah seperti berikut:,

i.        Tapak Semaian/jualan pokok hiasan
ii.       Tanaman Kontan
iii.       Pondok Pengawal - hanya boleh dimohon oleh Persatuan Penduduk Berdaftar sahaja
iv.       Papan Iklan (Billbord) - hanya boleh dimohon oleh Pihak Berkuasa Tempatan sahaja
v.        Tempat letak kereta

Permohonan bagi aktiviti selain daripada yang disenaraikan diatas perlu diangkat untuk pertimbangan Pihak berkuasa Negeri
          
SOALAN 4    :    Berapa lama tempoh sah LPS?
JAWAPAN     :    i.  Permohonan baru  - tamat tidak lewat daripada penghujung tahun kalendar atau tidak melebihi satu (1) tahun calendar
                                   ii.  Pembaharuan – dibuat secara setahun sekali dengan tempoh tidak melebihi satu (1) tahun kalendar (maksima 3 kali pembaharuan); dan
                                  iii.  Selepas tempoh pembaharuan tamat, pemohon dikehendaki mengemukakan permohonan baru kepada Pentadbir Tanah yang berkenaan;

          
SOALAN 5    :    Bagaimana untuk membaharui LPS?
JAWAPAN    :    Pemohon perlu hadir ke Pejabat Daerah/Tanah dengan membawa lesen asal dan mengisi borang membaharui LPS.
          
SOALAN 6    :    Bagaimana saya hendak mengemukakan permohonan pemberimilikkan tanah kerajaan?
JAWAPAN    :    i.  Pemohon perlu membuat semakan status tanah yang hendak dimohon di Unit Pelan.
                                  ii. Pemohon perlu mendapatkan kelulusan pembelian pelan bagi tujuan permohonan setelah status tanah disahkan.
                                 iii. Seterusnya, pemohon perlu membuat pembelian borang jadual 1 di kaunter Unit pelupusan tanah pada harga RM50.00. 
          
SOALAN 7    :    Apakah dokumen yang perlu ada bagi tujuan permohonan pemberimilikan tanah kerajaan?
JAWAPAN    :  Individu
                      i. Pelan kawasan (2 salinan)
                     ii. Resit bayaran pembelian pelan
                    iii. Surat akujanji yang telah ditandatangani
                    iv. 2 salinan Borang Jadua;l 1 yang telah lengkap diisi
                     v. Salinan kad pengenalan pemohon dan isteri (Jika sudah berkahwin)

                   Syarikat/Pertubuhan
                   i.   Pelan kawasan (2 salinan)
                   ii.   Resit bayaran pembelian pelan
                   iii.  Surat akujanji yang telah ditandatangani
                    iv. 2 salinan Borang Jadua;l 1 yang telah lengkap diisi
                    v.  Borang 24, Borang 49, Akta Pertubuhan dan salinan terkini carian SSM.

          
SOALAN 8    :    Berapakah jumlah bayaran bagi permohonan pemberimilikan tanah kerajaan?
JAWAPAN    :    Pertanian

   i.        Kurang dari 2 hektar (5 ekar) – RM 10.00
   ii.       Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak melebihi 10 hektar (25 ekar) – RM 50.00
   iii.       Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 100.00
 

   Bangunan Kediaman

   i.        Kurang dari 1 hektar (2.5 ekar) – RM 50.00
   ii.       Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak lebih 10 hektar (25 ekar) – RM 100.00
   iii.      Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 200.00
 

   Bangunan Perniagaan

   i.        Kurang dari 1 hektar (2.5 ekar) – RM 100.00
   ii.       Lebih 1 hektar (2.5 ekar) tetapi tidak lebih 10 hektar (25 ekar) – RM 200.00
   iii.      Lebih dari 10 hektar (25 ekar) – RM 300.00


* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Pelupusan di talian 03-31822458

TEKNIKAL DAN PENGUATKUASA

SOALAN LAZIM - UNIT TEKNIKAL & PENGUATKUASAAN
PEJABAT DAERAH / TANAH KUALA LANGAT
 

SOALAN 1 : Berapa harga satu salinan pelan?
JAWAPAN  : Mengikut Kaedah Tanah Selangor, harga setiap satu salinan pelan adalah bergantung kepada keluasan.Sebagai contoh:-

 i.          Tidak melebihi 1 hektar                                   -           RM20.00

 ii.          Melebihi  1 hektar tapi tidak lebih 10 hektar   -           RM50.00

 iii.         Melebihi 10 hektar                                          -           RM100.00

 

SOALAN 2 : Bila atau berapa lama pelan yang dibeli boleh diterima?
JAWAPAN  :  Setiap pembelian pelan akan diserahkan pada hari yang sama kepada pemohon.
 

SOALAN 3  : Boleh tak Pelan Akui (PA) dibeli disini?
JAWAPAN   : Tidak boleh kerana pelan akui hanya boleh dibeli di Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) di Shah Alam sahaja.

 

SOALAN 4 : Boleh tak saya mohon kawasan rezab sungai ?
JAWAPAN  : Mengikut Pekeliling PTG 1/2012 semua rezab sungai, jalan , pantai dan parit tidak dibenarkan untuk di pohon.                                                    

SOALAN 5 : Saya ada masalah sempadan tanah, boleh Pejabat Tanah ukurkan?
JAWAPAN  : i)      Pejabat Tanah tidak buat kerja kerja ukuran tanah tetapi  boleh untuk menolong membuat semakan batu sempadan sahaja.
                 ii)      Tuan tanah boleh melantik juruukur berlesen untuk membuat kerja kerja ukur.

 

SOALAN 6 : Apakah itu Tanah Kerajaan?
JAWAPAN  : Tanah Kerajaan terdiri daripada semua tanah di dalam negeri tersebut termasuklah tanah sungai dan tepi pantai serta dasar laut seperti yang termasuk di dalam wilayah negeri atau batas perairan wilayah selain dari tanah-tanah seperti:-
- Tanah Rizab (Tanah Simpanan)
- Tanah Berimilik
- Tanah Lombong
- Tanah Hutan
 

SOALAN 7 : Adakah saya berhak mendapat pampasan sekiranya tanah yang saya usahakan tanpa izin hendak dibangunkan oleh Pihak Berkuasa?
JAWAPAN : Pihak Kerajaan tidak akan membayar sebarang pampasan ke atas pengusaha / penceroboh yang tanah tersebut hendak dibangunkan untuk bagi sesuatu tujuan.

SOALAN 8 :Bolehkah saya menduduki atau mengusahakan tanah kerajaan?
JAWAPAN  : Adalah menjadi satu kesalahan dibawah Kanun Tanah Negara (KTN 1965) dan jika disabitkan boleh didenda sebanyak 10 ribu ringgit atau penjara tidak kurang 1 tahun atau kedua-dua sekali.

SOALAN 9 : Siapakah pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk menjalankan penguatkuasaan bagi kesalahan pengalihan bahan- batuan tanpa kebenaran?
JAWAPAN  : Mana-mana pegawai polis yang tidak rendah dari pangkat inspector, Pendaftar, Pentadbir Tanah, Pegawai Penempatan atau lain-lain pegawai yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa negeri.

SOALAN 10  : Boleh saya mengeluarkan bahan-batuan (pasir) yang terdapat pada tanah saya sendiri?
JAWAPAN    : Boleh tetapi mestilah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa negeri. Ini kerana Pihak Berkuasa Negeri (PBN) telah melantik  Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan pasir di Negeri Selangor.


SOALAN 11 :Boleh saya mengeluarkan bahan-batuan (pasir) yang terdapat pada tanah saya sendiri?
JAWAPAN   :Boleh dengan syarat perlu mendapat kebenaran dari Pihak Berkuasa Negeri. 
 

SOALAN 12 : Adakah menjadi kesalahan pada saya sekiranya tanah saya dicerobohi bagi pengeluaran bahan-batuan tanpa pengetahuan saya?
JAWAPAN   : Ya, menjadi kesalahan dan boleh didakwa di atas kesalahan subahat seperti yang terkandung dalam Kanun Tanah Negara (KTN 1965) 
 

SOALAN 13 : Bagaimanakah cara untuk menentukan Lokasi tanah dan No lot yang berkaitan?
JAWAPAN   : Pemilik boleh muat turun aplikasi MYLOT JUPEM dan membuat carian berdasarkan lot atau koordinat atau  Melantik Juruukur Berlesen bagi menunjukkan lokasi sesebuah tanah yang tepat.

SOALAN 14 : Adakah Lokasi bagi No PT juga boleh dicari di dalam aplikasi MYLOT JUPEM?
JAWAPAN   : Tidak, lokasi bagi No PT hendaklah dirujuk di Unit Pelan  Pejabat Tanah Daerah yang berkaitan.

SOALAN 15 : Saya ada No Lot tapi tiada No Hakmilik. Bagaimana saya ingin mendapatkan No hakmilik?
JAWAPAN    : No Hakmilik boleh di buat semakan hakmilik di Kaunter Unit Pelan dengan bayaran sebanyak RM30 setiap semakan hakmilik dan seterusnya membuat carian di kaunter Unit Pendaftaran dengan bayaran RM30 setiap carian.

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Teknikal & Penguatkuasaan di talian 03-31822512

PENDAFTARAN

SOALAN LAZIM - UNIT PENDAFTARAN
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

SOALAN 1     :   Apakah yang ditakrifkan sebagai urusniaga ?
JAWAPAN      :  Apa-apa transaksi mengenai tanah berimilik yang dikuatkuasakan di bawah kuasa-kuasa yang di beri  oleh penggal IV dan apa-apa transaksi yang serupa yang dikuatkuasakan di bawah mana-mana undang-undang tanah terdahulu tetapi tidak     
                       termasuk mana-mana kaveat atau perintah larangan.

     
SOALAN 2    :   Apakah jenis instrument urusniaga yang boleh didaftarkan?
JAWAPAN    :   i)         Pindahmilik Tanah ( Borang 14 A )
                     ii)        Pajakan atau Pajakan Kecil (Borang 15 A )
                     iii)       Gadaian ( Borang 16A )
                     iv)       Melepaskan Gadaian ( Borang 16N )
                      v)        Sijil Perakuan Jual ( Borang 16 I )
                     vi)       Instrumen Pelepasan Esmen

     
SOALAN 3      :    Siapakah yang boleh melaksanakan urusniaga ?

JAWAPAN       :   i)          Pemilik berdaftar mengenai suatu tanah berimilik.
                        ii)         Pemegang surat kuasa wakil mana-mana pemilik tanah (Akta Surat Kuasa Wakil 1949 )
                       iii)        Mana-mana orang yang diberi kuasa oleh mahkamah (Seksyen 210 KTN)

     
SOALAN 4     :   Kepada siapa urusniaga boleh dilaksanakan ?
JAWAPAN      :   Kepada orang atau badan yang boleh diberimilik, orang atau badan kepadanya tanah kerajaan boleh diberimilik dijelaskan dalam Seksyen 43 iaitu :
                        i)          Manusia selain remaja.
                       ii)         Perbadanan yang mempunyai kuasa di bawah Perlembagaan tubuhnya, boleh memegang tanah.
                      iii)        Raja-raja pemerintah, kerajaan, organisasi dan lain-lain orang diberikuasa untuk memegang  tanah di bawah peruntukan Ordinan Keistimewaa Diplomatik dan Konsular 1957.
                      iv)        Badan-badan yang diberi kuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Unit Pendaftaran di talian 03-31822420/2403

HASIL

SOALAN LAZIM - UNIT HASIL
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

SOALAN 1:Apakah itu "Cukai Tanah / Petak"
JAWAPAN:Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri sebagai cukai tanah;

Cukai Tanah / Petak ditafsirkan sebagai Cukaisewa di bawah Seksyen 5 kanun Negara 1965 sebagai :
(A) Apa-apa jumlah wang tahunan yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) sebagai Cukaisewa.
(B) Apa-apa pembayaran tahunan lain yang terhutang kepada PBN yang menurut mana-mana undang-undang bertulis, hendaklah dipungut seolah-olah ianya cukai sewa atau hasil tanah / petak dan 
(C) Apa-apa bayaran terhutang kepada PBN sebagai Tunggakan Cukisewa
SOALAN 2: Mengapakah anda perlu membayar Cukai Tanah / Petak
JAWAPANAdalah menjadi tanggungjawab setiap pemilik tanah / petak (atau wakil pihaknya) untuk membayar cukai tanah / petak kepada Pihak Berkuasa Negeri, tanpa perlu menunggu makluman melalui Bil HasilTanah /Petak tahunan.
SOALAN 3: Siapa Perlu Menjelaskan Cukai Tanah / Petak
JAWAPANSeksyen 95 Kanun Tanah Negara 1965 : Setiap Pemilik Tanah Berdaftar ATAU wakil bagi pihaknya bertanggungjawab untuk menjelaskan Cukai Tanah / Petak." Cukaisewa yang kena dibayar mengenai mana - mana tanah / petak berimilik hendaklah dibayar oleh atau bagi pihak tuan punya..." Selepas perjanjian jual-beli (" Sales and Purchase Agreement ") telah dimeterai oleh kedua - dua pihak penjual (atau pemaju tanah / perumahan ) dan pembeli, urusan membayar Cukai Tanah / Petak adalah menjadi tanggungjawab pihak pembeli.
SOALAN 4Bilakah anda sepatutnya membayar Cukai Tanah / Petak
JAWAPANSekali setahun. Mulai 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun. FI tunggakan dikenakan pada 1 Jun setiap tahun atas kelewatan bayaran
SOALAN 5:Implikasi jika gagal menjelaskan Cukai Tanah / Petak
JAWAPANBayaran Hasil Tanah / Petak hendaklah dijelaskan sebelum 01hb. Jun setiap tahun. Jika tidak dijelaskan pada tarikh tersebut " Notis Tuntutan Akhir (Notis 6A-Cukai Tanah) dan (Notis 11A-Cukai Petak) boleh dikeluarkan dan sekiranya juga pembayaran tertunggak tidak dijelaskan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh Notis tersebut, maka tindakan pelucuthakan (rampasan) tanah / Petak boleh diambil mengikut Seksyen 100 Kanun Tanah Negara (KTN)
SOALAN 6:    Kemaskini alamat dalam bil cukai secara percuma
JAWAPAN:   (A) Kegagalan pemilik untuk mengemaskini alamat terkini di dalam Bil Hasil Tanah / Petak boleh dikenakan DENDA tidak melebihi RM1,000.00 atau PENJARA tidak melebihi 6 BULAN mengikut Seksyen 429(d), Kanun Tanah Negara (KTN).
       (B) Borang Pemberitahuan Pertukaran Alamat (BORANG) 26A boleh dimuat turun di https://ptg.selangor.gov.my
       (C) Bagi Hakmilik tanah / petak kepunyaan Pejabat Pendaftar (HSD, PN, GRN), Borang 26A hendaklah dihantar ke Unit Tukar Alamat, Bahagian Pendaftaran Hakmilik@Bahagian Hakmilik Strata, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor.
       (D) Manakala hakmilik Mukim / Daerah (HSM,PM,GM), Borang 26A hendaklah dihantar ke Pejabat Daerah/Tanah berkenaan terus kepada Unit Pendaftaran
SOALAN 7Cara membuat pembayaran
JAWAPAN: 

 1. Kaunter bayaran dan kutipan hasil diseluruh Negeri Selangor. 
     a. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor, Shah Alam
     b. Pejabat Daerah dan Tanah
     c. Pihak Berkuasa Tempatan
        (Kecuali Majlis Perbandaran Ampang Jaya) -pembayaran secara tunai sahaja  

  2. Kirirman Wang/Bank Draf hendaklah di atas nama “BENDAHARI NEGERI SELANGOR” dan dipalang      “AKAUN PENERIMA SAHAJA".
 

  PERINGATAN :
  Pembayaran menggunakan cek adalah tidak diterima untuk semua jenis urusan di pejabat Daerah dan Tanah seluruh Negeri Selangor mulai 1 Januari 2017
  

  3. Kaunter bayaran Pejabat Pos di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak) bayaran secara tunai sahaja.

  4. Bayaran secara "Online" atas nama / "Payee"
      a. Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor
      b. Pejabat Tanah & Galian Selangor
          - CIMB Cliks        -  Maybank2u

  5. Untuk membuat semakan cukai tanah / petak, cetakan dan juga pembayaran secara “FPX” boleh dibuat melalui laman sesawang :

  http://etanah.selangor.gov.my 
   https://etanah.selangor.gov.my/etanah-awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml

SOALAN 8Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah?
JAWAPAN

Pihak Pejabat Tanah tidak dapat mengesan alamat terkini anda atau alamat yang diberikan/ didaftarkan pada hakmilik tidak lengkap.

   PERINGATAN :

  1)  Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing - masing di Pejabat Tanah dan Daerah atau Pihak Berkuasa Tempatan untuk tujuan rekod dan semakan.

   2)  Pemilik yang tidak menerima Bil Hasil Tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBN) pada awal setiap tahun boleh terus mendapatkan bil tersebut di Pejabat Tanah dan Daerah dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berhampiran.

SOALAN 9Mengapa saya tidak menerima bil cukai tanah / petak?
JAWAPAN

Bil cukai tanah / petak tidak diterima kerana tiada lagi pengeposan bil cukai tanah / petak mulai Januari 2023

    PERINGATAN    :
    1)    Setiap pemilik tanah dan harta (atau wakil pihaknya) hendaklah memaklumkan tentang maklumat terkini masing-masing di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat (bagi hakmilik daerah) atau Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor (hakmilik pendaftar) untuk tujuan rekod dan semakan.

   2)    DIGUGURKAN 
              (bil cukai tanah / petak tidak dikeluarkan lagi berkuatkuasa tahun 2023) 

SOALAN 10Kenapa nombor hakmilik saya tidak sama dengan nombor hakmilik di dalam bil cukai tanah / petak?
JAWAPAN: Perbezaan hakmilik berlaku sekiranya :
   a)    hakmlik anda telah ditukarganti dengan hakmilik baru 
   b)    hakmilik anda telah disambung daripada hakmilik sementara kepada kekal (tetap).

       *Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, boleh menghubungi Unit Hasil di talian 03-318222431 / 2436 / 2437 / 2438 / 2441
      

          
         
   
    

 

          
   
      

PEMBANGUNAN

SOALAN LAZIM - UNIT PEMBANGUNAN
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

 

Soalan 1: Apakah itu Program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) – Iltizam Selangor Penyayang
Jawapan: Program IPR adalah program jangka panjang Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan untuk membantu rakyat dan seterusnya kerajaan akan berusaha untuk memberdayakan rakyat sebagai matlamat akhir kerajaan. Agenda pelaksanaan program-program IPR diteruskan secara lebih holistik dan tidak hanya menyajikan pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata tetapi memberi daya melalui pemerkasaan (empowerment) kepada para penerima manfaat IPR di Selangor.

Program-program IPR terbahagi kepada 6 kluster:

Kebajikan
Kasih Ibu Smart Selangor - Kerajaan Negeri iktiraf kaum ibu menerusi bantuan kewangan RM200 sebulan.
Bas Smart Selangor - Perkhidmatan bas percuma kepada rakyat Selangor.
Skim Air Darul Ehsan - Bekalan air bersih 20 meter padu kepada rakyat Selangor berpendapatan rendah.
Wifi Smart Selangor - Kemudahan Wifi percuma dipasang di lokasi tumpuan orang ramai.
Bantuan Kebajikan Masyarakat (Bantuan Am) - Pemberian bantuan sementara untuk rakyat tidak berkemampuan.
Pengecualian Cukai Pintu Untuk Rumah Kampung - Pemilik rumah kos rendah dan rumah kampung di Selangor layak dikecualikan cukai taksiran.
Pengecualian Fi Lesen Penjaja - Membantu peniaga kecil dan penjaja di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor dengan mengecualikan mereka daripada bayaran fi lesen penjaja
Bantuan Bina Dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin) - Bantuan bina dan baiki rumah bagi rakyat yang tidak berkemampuan.
Pemberian Bantuan Baucer Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan (Jom Shopping) - Pemberian baucer bagi membeli barang keperluan untuk perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

Kesihatan
Skim Insurance Peduli Sihat
Bantuan Sihat Selangor
Skim Kesihatan Wanita (MammoSel)

Kekeluargaan
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar) Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar)
Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS)
Skim Mesra Usia Emas (SMUE)
Insentif Perkahwinan Belia
Perpustakaan Bergerak Smart Selangor

Pendidikan
Program Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang
Program Khas Peduli Siswa
Program Tuisyen Online
Program Tuisyen Rakyat Selangor
Program Bantuan Sekolah Negeri Selangor - Merupakan bantuan kepada pihak sekolah untuk menambah atau memperbaiki infrasttktur sekolah.
Hadiah Pengajian IPT - Merupakan bantuan kewangan RM1000 kepada anak Selangor yang berjaya ke tahun pertama IPT.
Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Iktisas Smart Selangor (IKTISASS)

Pekerjaan dan Perniagaan
Latihan Usahawan IT (SITEC)
Skim Hijrah Selangor
Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)
Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan

Perumahan
Skim Rumah Selangorku
Skim Smart Sewa
Skim DanaSel
Skim Ceria (Baikpulih Pangsapuri Kos Rendah)

Semua program IPR ini boleh disemak di Laman web rasmi IPR:  http://ssipr.selangor.gov.my


Soalan 2: Apakah jenis bantuan yang boleh didapati oleh pengusaha IKS dan para peniaga kecil-kecilan.
Jawapan: Dibawah Program IPR, bantuan untuk pengusaha IKS adalah dibawah Kluster Pekerjaan & Perniagaan, dan bantuan yang disediakan seperti berikut:

Skim Hijrah Selangor
           Memberi pinjaman perniagaan dalam skala kecil dan besar.

           Maklumat boleh didapati di:
           Pejabat Hijrah Selangor (Kuala Langat)
           Tingkat 2, Bangunan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat
           Kota Seri Langat,
           42700 Banting Selangor
           Tel: 03 31803913

Dana Usahawan Mikro Selangor (DUMS)
           Memberi bantuan mesin dan peralatan perniagaan kepada usahawan yang layak.

           Borang permohonan boleh didapati di Pejabat-pejabat Penghulu Mukim atau di Bahagian Pembangunan,
           Tingkat 2 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat
           Kota Seri Langat
           42700 Banting Selangor
           Tel: 03 3182 2491

Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan
           Memberi bantuan peralatan perniagaan kepada penerima yang terdiri daripada keluarga yang termasuk dalam golongan miskin dan miskin tegar.

           Borang permohonan boleh didapati di Pejabat-pejabat Penghulu Mukim atau di Bahagian Pembangunan,
           Tingkat 2 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat
           Kota Seri Langat
           42700 Banting Selangor
           Tel: 03 3182 2491

 

Soalan 3: Bagaimanakah cara untuk membuat permohonan jalan baru?
Jawapan : Pemohon perlu mengajukan permohonan melalui Ketua Kampung berserta gambar dan alamat lokasi. Seterusnya Ketua kampung membuat surat permohonan kepada Bahagian Pembangunan, Aras 2, Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat melalui Penghulu Kawasan masing-masing. Lawatan oleh penolong jurutera untuk di buat aggaran peruntukan. Permohonan akan dimajukan ke Seksyen Agihan dan Pembangunan, UPEN, Shah Alam bagi mendapatkan  kelulusan.


Soalan 4: Apakah jenis bantuan rumah kerajaan prihatin yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan perlukah ada bayaran.
Jawapan: Terdapat bantuan rumah oleh Kerajaan Negeri Selangor dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada yang layak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

Bantuan Bina Dan Baiki Rumah (Kerajaan Prihatin)
Bantuan bina dan baiki rumah bagi rakyat yang tidak berkemampuan yang termasuk dalam golongan miskin dan miskin tegar.
Pemohon terlebih dahulu perlu mendaftar dengan eKasih untuk layak menerima sebarang bantuan pembasmian kemiskinan

Borang permohonan boleh didapati di Pejabat-pejabat Penghulu Mukim atau di Bahagian Pembangunan,
Tingkat 2 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat
Kota Seri Langat
42700 Banting Selangor
Tel: 03 3182 2491

Pendaftaran eKasih boleh dibuat di:
Bahagian Pembangunan,
Tingkat 2 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat
Kota Seri Langat
42700 Banting Selangor
Tel: 03 3182 2491

DEGIS

SOALAN LAZIM - DEGIS
PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT

SOALAN 1     :   Bagaimana untuk memohon data?
JAWAPAN     :   1. Melalui surat permohonan yang dialamatkan kepada Tuan Pegawai Daerah dan  perlulah menyatakan tujuan permohonan data dibuat.
                       2. Pegawai DEGIS akan menelefon pemohon samaada permohonan diterima ataupun ditolak.
                       3. Sekiranya permohonan diterima pemohon perlu mengisi borang permohonan data DEGIS yang berwarna “pink” dengan lengkap.
                       4. Setiap data yang dipohon akan dikenakan bayaran yang telah ditetapkan  manakala percuma bagi G2G (agensi kerajaan dengan agensi kerajaan) mengikut  tujuan permohonan.

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi Puan Affiza binti Abdullah di talian 03-31822499

SOALAN LAZIM - KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT
 

SOALAN 1     :   Apakah tujuan utama kelab diwujudkan?
JAWAPAN      :   Memberikan pendidikan rohani dan jasmani,memperbaiki semangat setiakawan di antara ahli tanpa mengira bangsa dan agama dan juga menjalankan aktiviti ekonomi yang sah atas nama Kelab.

     
SOALAN 2     :    Apakah aktiviti yang selalu dilakukan oleh Kelab?
JAWAPAN      :    Menjaga kebajikan ahli kelab dan mewakili kepada Kerajaan dan badan-badan yang sesuai dalam acara lapangan sukan.


SOALAN 3     :    Apakah sumbangan - sumbangan kebajikan yang diterima oleh ahli Kelab?
JAWAPAN     :    Sumbangan tersebut adalah Sempena Perkahwinan, Kelahiran Cahayamata, Pertukaran, Persaraan, Kecemerlangan Akademik dan juga Kemasukan Hospital.
     
SOALAN 4     :    Bagaimanakah menjadi ahli Kelab?
JAWAPAN      :    Mengikut Fasal ( 4 ) AHLI - AHLI : Hendaklah menghantar borang khas kepada Setiausaha Kehormat Kelab. Keahlian Kelab terdiri daripada 3 kategori  iaitu Ahli Biasa, Ahli Bersekutu dan Ahli- Ahli Kehormat.

     
SOALAN 5     :    Siapakah yang terdiri dalam Ahli Jawatankuasa Kelab?
JAWAPAN    :    Mengikut Fasal ( 7 ) JAWATANKUASA :  Seorang Pengerusi, Seorang Naib Pengerusi, Seorang Setiausaha Kehormat, Seorang Penolong Setiausaha Kehormat, Seorang Bendahari Kehormat,  Seorang Penolong Bendahari Kehormat dan 12 Oang Ahli Jawatankuasa
     
SOALAN 6    :    Bagaimanakah perlantikan Ahli Jawatankuasa dilakukan?
JAWAPAN    :    Perlantikan mereka adalah di pilih 2 tahun sekali dalam Mesyuarat Agong Tahunan dan perkhidmatan mereka adalah secara sukarela melaui sistem undian.
 

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi setiausaha kehormat Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat seperti di dalam senarai jawatankuasa

SOALAN LAZIM - PUSPANITA DAERAH KUALA LANGAT
 

SOALAN 1     :   Siapakah yang layak menjadi ahli PUSPANITA Daerah Kuala Langat?
JAWAPAN      :   a. Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan di Malayisa
                        b. Anggota wanita di semua peringkat kumpulan perkhidamtan awam di Malaysia
                        c. Isteri anggota perkhidmatan awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia
                        d. Isteri anggota perkhidmatan awam yang diceraikan
                        e. Anggota wanita perkhidmatan awam yang telah bersara

    AHLI BERSEKUTU

   a. Ahli Bersekutu terbuka kepada:-
       i) isteri anggota perkhidmatan awam yang belum menjadi warganegara Malaysia
       ii) pekerja wanita yang digajikan oleh persatuan
       iii) ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang telah diswastakan
   b. Ahli Bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli  biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam persatuan;
   c. Keahlian seseorang Ahli Bersekutu dalam kategori (a)(i) di atas akan luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan kerajaan;
   d. Keahlian seorang Ahli Bersekutu dalam kategori (a)(ii) di atas akan luput dengan sendirinya apabila ia berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan persatuan.


    AHLI GABUNGAN
    a. Ahli Gabungan terbuka kepada persatuan wanita di Kementerian/Negeri yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan;
    b. Keahlian Ahli Gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan;


    AHLI KEHORMAT
    a. Yang DiPertua dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Tertinggi boleh melantik Ahli Kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli Kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi          di dalam apa-apa mesyuarat.


    AHLI SEUMUR HIDUP
    a. Ahli Seumur Hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan:-
       i) bekas Yang DiPertua secara automatik menjadi ahli Seumur Hidup
    b. Ahli Seumur Hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa, iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-Mesyuauat Agung di peringkat Cawangan dan boleh  
       dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan;
    c. Ahli Seumur Hidup, daripada agensi-agensi kerajaan yagn telah diswastakan, akan terus kekal menjadi ahli tetapi tidak berhak mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam persatuan.
    d. Ahli Seumur Hidup, terkecuali a(i) dan c, mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa, iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-Mesyuarat Agung di peringkat 
        cawangan dan boleh di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan. Lima orang perwakilan daripada ahli Seumur hidup di pilih untuk menghadiri Mesyuarat Agung perwakilan.


    AHLI TIDAK HADIR
     a. Ahli Biasa yang perlu berada di luar negeri  bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri;
     b. Permohonan secara bertulis hendaklah di buat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapatkan persetujuan jawatankuasa cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan daripada membayar yuran.

     
SOALAN 2    :    Berapakah yuran untuk menjadi ahli PUSPANITA Daerah Kuala Langat?
JAWAPAN    :   
    1. PERMOHONAN MENJADI AHLI

    Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan atau secara On-Line, dihantar kepada Setiausaha

    Cawangan yang berkenaan, yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa

    Cawangan tertentu, untuk pertimbangan.

   2. YURAN KEAHLIAN
    Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:-

    i) Aahli biasa
     Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi:
     Yuran masuk  - RM 20.00
     Yuran tahunan  - RM 30.00

    ii) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam kumpulan pengurusan dan Profesional:
     Yuran masuk  - RM 20.00
     Yuran tahunan  - RM 16.00

    iii) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan 1(Kategori V-1X):
     Yuran masuk  - RM 10.00
     Yuran tahunan  - RM 10.00

    iv) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan 11 (Kategori X-X1):
     Yuran masuk  - RM 2.00
     Yuran tahunan  - RM 4.00


   v) YURAN PESARA
     Bayaran adalah setengah (1/2) daripada bayaran sebelum bersara, mengikut kategori waktu bersara. Janda dan balu dimasukkan dalam
     kategori ini.


   vi) AHLI BERSEKUTU
     Yuran tahunan dan yuran masuk adalah setengah daripada kadar yuran yang dikenakan ke atas ahli biasa mengikut kumpulan atau tanggagaji
     yang serupa dengan kumpulan yang berkenaan


   vii) AHLI GABUNGAN
      Bagi ahli gabungan, yuran adalah 10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan.


   viii) AHLI KEHORMAT
      Tidak dikenakan apa-apa bayaran


   vvi) AHLI SEUMUR HIDUP
      Membayar yuran yang ditetapkan iaitu RM50.00


   x) AHLI TIDAK HADIR
     a) Ahli Biasa yang perlu berada di luar negeri  bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, bagi tahun berkenaan, adalah dikecualikan
         daripada membayar yuran;

     b) Permohonan secara  bertulis hendaklah di buat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapat persetujuan Jawatankuasa
         Cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan.

     xi) Semua yuran tahunan hendaklah di bayar pada awal tahun. Yuran boleh di bayar melalui Bendahari Cawangan berkenaan.

     xii) Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih dari 3 tahun berrturut-turut akan di hantar surat peringatan daripada atau bagi pihak
          Setiausaha.  Jika tidak dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai seorang ahli sehingga hutangnya di bayar.

     xiii) Ahli yang berhutang yuran tahunannya melebihi 5 tahun berturut-turut akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli.

 

* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kuala Langat


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Tanjung