- PORTAL RASMI PDT KUALA LANGAT
- PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT
- KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN
- PUSPANITA
SOALAN LAZIM - PORTAL DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT
SOALAN 1 : Apakah itu Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat?
JAWAPAN : Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Daerah Kuala Langat melalui Internet.
SOALAN 2 : Mengapa Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat diwujudkan?
JAWAPAN : Kebanyakan maklumat dan perkhidmatan telah disediakan secara online dan Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mencari maklumat dan perkhidmatan yang disediakan.
SOALAN 3 : Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat?
JAWAPAN : Umumnya, Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.
SOALAN 4 : Apakah dasar privasi Portal Rasmi PDKL? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
JAWAPAN : Segala akses dan penggunaan anda ke atas Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari 'Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan' di bahagian bawah setiap halaman.
SOALAN 5 : Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat?
JAWAPAN : Anda boleh menghubungi:-
Unit Teknologi Maklumat (ICT)
Tel : 03-3182 2588 / 2578 /2599
Faks: 03-3187 2011 atau
Emel: klangat@selangor.gov.my
SOALAN 6 : Bagaimanakah cara untuk saya menghantar maklum balas/aduan/cadangan kepada agensi-agensi Kerajaan?
JAWAPAN : Maklumbalas/aduan/cadangan kepada agensi-agensi kerajaan boleh disalurkan melalui alamat berikut : https://selangor.spab.gov.my
PEMBANGUNAN TANAH
PELUPUSAN TANAH
TEKNIKAL DAN PENGUATKUASA
PENDAFTARAN
HASIL
PEMBANGUNAN
DEGIS
SOALAN LAZIM - KELAB KEBAJIKAN DAN SUKAN PEJABAT DAERAH DAN TANAH KUALA LANGAT
SOALAN 1 : Apakah tujuan utama kelab diwujudkan?
JAWAPAN : Memberikan pendidikan rohani dan jasmani,memperbaiki semangat setiakawan di antara ahli tanpa mengira bangsa dan agama dan juga menjalankan aktiviti ekonomi yang sah atas nama Kelab.
SOALAN 2 : Apakah aktiviti yang selalu dilakukan oleh Kelab?
JAWAPAN : Menjaga kebajikan ahli kelab dan mewakili kepada Kerajaan dan badan-badan yang sesuai dalam acara lapangan sukan.
SOALAN 3 : Apakah sumbangan - sumbangan kebajikan yang diterima oleh ahli Kelab?
JAWAPAN : Sumbangan tersebut adalah Sempena Perkahwinan, Kelahiran Cahayamata, Pertukaran, Persaraan, Kecemerlangan Akademik dan juga Kemasukan Hospital.
SOALAN 4 : Bagaimanakah menjadi ahli Kelab?
JAWAPAN : Mengikut Fasal ( 4 ) AHLI - AHLI : Hendaklah menghantar borang khas kepada Setiausaha Kehormat Kelab. Keahlian Kelab terdiri daripada 3 kategori iaitu Ahli Biasa, Ahli Bersekutu dan Ahli- Ahli Kehormat.
SOALAN 5 : Siapakah yang terdiri dalam Ahli Jawatankuasa Kelab?
JAWAPAN : Mengikut Fasal ( 7 ) JAWATANKUASA : Seorang Pengerusi, Seorang Naib Pengerusi, Seorang Setiausaha Kehormat, Seorang Penolong Setiausaha Kehormat, Seorang Bendahari Kehormat, Seorang Penolong Bendahari Kehormat dan 12 Oang Ahli Jawatankuasa
SOALAN 6 : Bagaimanakah perlantikan Ahli Jawatankuasa dilakukan?
JAWAPAN : Perlantikan mereka adalah di pilih 2 tahun sekali dalam Mesyuarat Agong Tahunan dan perkhidmatan mereka adalah secara sukarela melaui sistem undian.
* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi setiausaha kehormat Kelab Kebajikan dan Sukan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat seperti di dalam senarai jawatankuasa
SOALAN LAZIM - PUSPANITA DAERAH KUALA LANGAT
SOALAN 1 : Siapakah yang layak menjadi ahli PUSPANITA Daerah Kuala Langat?
JAWAPAN : a. Isteri anggota Perkhidmatan Awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan di Malayisa
b. Anggota wanita di semua peringkat kumpulan perkhidamtan awam di Malaysia
c. Isteri anggota perkhidmatan awam di semua peringkat kumpulan perkhidmatan yang telah bersara atau meninggal dunia
d. Isteri anggota perkhidmatan awam yang diceraikan
e. Anggota wanita perkhidmatan awam yang telah bersara
AHLI BERSEKUTU
a. Ahli Bersekutu terbuka kepada:-
i) isteri anggota perkhidmatan awam yang belum menjadi warganegara Malaysia
ii) pekerja wanita yang digajikan oleh persatuan
iii) ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang telah diswastakan
b. Ahli Bersekutu layak menikmati keistimewaan seperti juga ahli-ahli biasa, berhak bersuara tetapi tidak berhak untuk mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam persatuan;
c. Keahlian seseorang Ahli Bersekutu dalam kategori (a)(i) di atas akan luput dengan sendirinya apabila suaminya berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan kerajaan;
d. Keahlian seorang Ahli Bersekutu dalam kategori (a)(ii) di atas akan luput dengan sendirinya apabila ia berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan dengan persatuan.
AHLI GABUNGAN
a. Ahli Gabungan terbuka kepada persatuan wanita di Kementerian/Negeri yang berdaftar dengan pendaftar pertubuhan;
b. Keahlian Ahli Gabungan akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kerja Tinggi berdasarkan permohonan di dalam borang yang disediakan;
AHLI KEHORMAT
a. Yang DiPertua dengan persetujuan Jawatankuasa Kerja Tertinggi boleh melantik Ahli Kehormat di kalangan wanita-wanita yang difikirkan boleh memberi sumbangan yang boleh memanfaatkan Persatuan. Ahli Kehormat tidak mempunyai kuasa untuk mengundi di dalam apa-apa mesyuarat.
AHLI SEUMUR HIDUP
a. Ahli Seumur Hidup terdiri daripada ahli-ahli biasa yang membayar yuran seperti yang ditetapkan:-
i) bekas Yang DiPertua secara automatik menjadi ahli Seumur Hidup
b. Ahli Seumur Hidup mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa, iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bercakap dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-Mesyuauat Agung di peringkat Cawangan dan boleh
dipilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan;
c. Ahli Seumur Hidup, daripada agensi-agensi kerajaan yagn telah diswastakan, akan terus kekal menjadi ahli tetapi tidak berhak mengundi atau memegang mana-mana jawatan dalam persatuan.
d. Ahli Seumur Hidup, terkecuali a(i) dan c, mempunyai hak-hak yang sama seperti ahli biasa, iaitu berhak menghadiri mesyuarat, bersuara dan mengundi di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan, Mesyuarat Khas atau Mesyuarat-Mesyuarat Agung di peringkat
cawangan dan boleh di pilih menjadi Ahli Majlis Tertinggi, Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Tertinggi dan Ahli Jawatankuasa Cawangan. Lima orang perwakilan daripada ahli Seumur hidup di pilih untuk menghadiri Mesyuarat Agung perwakilan.
AHLI TIDAK HADIR
a. Ahli Biasa yang perlu berada di luar negeri bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, adalah dikecualikan daripada membayar yuran tahunan bagi tempoh ia berada di luar negeri;
b. Permohonan secara bertulis hendaklah di buat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapatkan persetujuan jawatankuasa cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan daripada membayar yuran.
SOALAN 2 : Berapakah yuran untuk menjadi ahli PUSPANITA Daerah Kuala Langat?
JAWAPAN :
1. PERMOHONAN MENJADI AHLI
Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dibuat melalui Borang Permohonan atau secara On-Line, dihantar kepada Setiausaha
Cawangan yang berkenaan, yang seterusnya hendaklah mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa
Cawangan tertentu, untuk pertimbangan.
2. YURAN KEAHLIAN
Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut:-
i) Aahli biasa
Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi:
Yuran masuk - RM 20.00
Yuran tahunan - RM 30.00
ii) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam kumpulan pengurusan dan Profesional:
Yuran masuk - RM 20.00
Yuran tahunan - RM 16.00
iii) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan 1(Kategori V-1X):
Yuran masuk - RM 10.00
Yuran tahunan - RM 10.00
iv) Isteri pegawai dan pegawai wanita di dalam Kumpulan Sokongan 11 (Kategori X-X1):
Yuran masuk - RM 2.00
Yuran tahunan - RM 4.00
v) YURAN PESARA
Bayaran adalah setengah (1/2) daripada bayaran sebelum bersara, mengikut kategori waktu bersara. Janda dan balu dimasukkan dalam
kategori ini.
vi) AHLI BERSEKUTU
Yuran tahunan dan yuran masuk adalah setengah daripada kadar yuran yang dikenakan ke atas ahli biasa mengikut kumpulan atau tanggagaji
yang serupa dengan kumpulan yang berkenaan
vii) AHLI GABUNGAN
Bagi ahli gabungan, yuran adalah 10% daripada jumlah yuran ahli yang didaftarkan.
viii) AHLI KEHORMAT
Tidak dikenakan apa-apa bayaran
vvi) AHLI SEUMUR HIDUP
Membayar yuran yang ditetapkan iaitu RM50.00
x) AHLI TIDAK HADIR
a) Ahli Biasa yang perlu berada di luar negeri bagi sesuatu tempoh tidak kurang daripada 6 bulan, bagi tahun berkenaan, adalah dikecualikan
daripada membayar yuran;
b) Permohonan secara bertulis hendaklah di buat kepada Bendahari Cawangan yang hendaklah mendapat persetujuan Jawatankuasa
Cawangan. Bendahari hendaklah mencatitkan di dalam rekod tempoh ahli dikecualikan.
xi) Semua yuran tahunan hendaklah di bayar pada awal tahun. Yuran boleh di bayar melalui Bendahari Cawangan berkenaan.
xii) Ahli-ahli yang tidak membayar yuran tahunan lebih dari 3 tahun berrturut-turut akan di hantar surat peringatan daripada atau bagi pihak
Setiausaha. Jika tidak dibayar juga, maka hilanglah hak-hak keistimewaannya sebagai seorang ahli sehingga hutangnya di bayar.
xiii) Ahli yang berhutang yuran tahunannya melebihi 5 tahun berturut-turut akan dengan sendirinya gugur daripada menjadi ahli.
* Jika terdapat sebarang pertanyaan lain,boleh menghubungi jawatankuasa PUSPANITA Daerah Kuala Langat









